I am a Nuffnanger.

Monday 18 February 2013

Siapa dia Wayne Rooney ?

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Gambar Wayne Rooney
Credit to Google.com
&Wayne Rooney

Wayne Mark Rooney (lahir 24 Oktober 1985 di Liverpool) merupakan seorang pemainbola sepak Inggeris yang mana sekarang ini bermain untuk kelab Liga Perdana Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan England. Beliau ini dilihat sebagai seorang yang paling berbakat dalam permainan bola sepak moden, yuran perpindahan dari Everton masih lagi tertinggi bagi seorang remaja. Biasanya beliau bermain sebagai seorang penyerang kedua kepada Ruud van Nistelrooy bagi kelab pasukannya sebelum perpindahan van Nistelrooy ke Real Madrid, walaupun semasa musim 2005-06, beliau menunjukkan bakatnya sebagai seorang pemain dengan berpindah-pindah dari bahagian tengah dan bermain pada kedua-dua posisi. Rooney telah dibandingkan dengan pemain-pemain seperti Diego Maradona. Beliau memakai jersi nombor 8 bagi Manchester United daripada 2004 sehingga Jun 2007, apabila nombor jersinya ditukar kepada nombor 10. Beliau memakai jersi nombor 10 bagi England.
Rooney membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa pada tahun 2003, dan menjadi yang pemain termuda mewakili England (rekod kemudian dipecahkan oleh Theo Walcott). Dia merupakan penyerang termuda yang pernah mewakili England. Penampilan beliau di UEFA Euro 2004 dengan menjaringkan empat gol, secara tidak langsung menjadikan beliau antara persaing penyerang termuda. Rooney juga telah muncul pada tahun 2006 dan 2010 dalam saingan Piala Dunia dan ini secara tidak langsung telah menganggap beliau sebagai pemain terbaik negaranya. Dia telah menerima Anugerah England Player Of The Year sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, beliau telah memenangi 73 kap antarabangsa dan menjaringkan 28 gol.

Bersama anaknya Kai Rooney
Credit to Google.com
Ketika baru berusia sembilan tahun, Rooney telah menyertai pasukan belia Everton, dia muncul sebagai pemain profesional pada tahun 2002. Beliau menghabiskan dua musim di kelab Merseyside itu, sebelum berpindah ke Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak £ 25.6 juta musim perpindahan musim panas 2004. Pada tahun yang sama, Rooney telah diberi gelaran Wazza. Sejak Rooney berada dalam pasukan United, United telah memenangi Liga Perdana sebanyak empat kali, Liga Juara-Juara UEFA 2007-08 dan Piala Liga sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah memegang gelaran naib juara Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali dan Liga Juara-Juara juga dua kali. Pada bulan Ogos musim 2011-12 Rooney menjaringkan gol sebanyak 150, dan menjadikan beliau penjaring gol United yang tertinggi sejak permulaan Liga Perdana. Musim 2009-10, Rooney telah dianugerahkan PFA Players' Player of the Year dan FWA Footballer of the Year. Rooney juga telah memenangi anugerah 'Goal of the Season' daripada Padanan BBC. Beliau telah senaraikan dalam FIFPro World 11 untuk tahun 2011.
Credit to Google.com
Rooney adalah pemain bola sepak yang menerima bayaran ketiga tertinggi di dunia selepas Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dengan pendapatan tahunan sebanyak € 20.7 m (£ 18 m) termasuk tawaran penajaan.

Meraikan jaringan bersama Jack Wilshere
credit to Google.com

Sunday 17 February 2013

Manchester United vs Manchester City

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Tak lama lagi MU akan menentang MC di Old Trafford.


Credit to Google.com
Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan perlawanan ini.Pasti gamat stadium Old Trafford,kepada pemain-pemain MU saya berharap anda bermain dengan bersungguh-sungguh.Saya berharap MU akan menang perlawan ini setelah memenanginya sebelum ini dengan 2-0.

Credit to Google.com
Saya berharap tidak ada lagi kejadian seperti diatas yang hanya akan menyusahkan pemain itu saja.Jadi peminat bola sepak di luar sana tunjukkanlah sokongan yang elok.Kita perlu bersabar dalam apa jua keadaan walaupun pasukan kita akan tewas.

Jangan lupa saksikan perlawan diantara MU vs MC pada 8 April 2013.

Saturday 16 February 2013

Shinji Kagawa pemain pertama Jepun ke MU

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Saya sebagai peminat MU dan rakyat Asia berbangga dengan kejayaan Shinji Kagawa.


Kagawa bersama jersi MU
Credit to Google.com
Beliau adalah pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk Manchester United dan pasukan kebangsaan Jepun.Kagawa memulakan kerjaya profesional di negaranya sendiri dengan Cerezo Osaka sebelum menyertai kelab JermanBorussia Dortmund pada tahun 2010.Selepas dua tahun di Jerman , Kagawa ditandatangani kontrak empat tahun bersama Macheter United


Credit to MU & Google.com
Dengan kejayaan beliau ini, ianya menjadi contoh kepada pemain bola sepak ASIA untuk maju dalam setiap perlawanan.Saya juga berharap suatu hari nanti ada pemain dari Malaysia yang akan menyarung jersi MU.

Mungkinkah Satu Hari Nanti HARIMAU MALAYA akan melahirkan pemain yang bertaraf dunia bolasepak seperti Shinji Kagawa dan Park JI Sung dari Korea. Sama-samalah kita menyokong pasukan bolasepak demi Sukan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Friday 15 February 2013

Facebook & MU

Ramai yang ada akaun Facebook. Ramai antaranya yang jugak punya page peminat kelab bola masing-masing. Saya pun sama. Anda bagaimana?

Bagi yang belum join club peminat Manchester United boleh la pergi ke laman ini di FB seperti dibawah ni, untuk mendaftar:

https://apps.facebook.com/clubfootballteam/

My Football Team.with my favourite club..
Gambar di bawah ini (contoh) team saya , bersama sama rakan sepasukan - Mohd Fakhruddin Jamil, Ayish Zaidi, Fariz Izwan, Jebat Hafizul Hambali, Mior Qimie, Mohd Alif Aiman dan Muhd Khaidir Ismail

My Football Team...with my favourite club..

Thursday 14 February 2013

Real Madrid terikat 1-1 dengan MU

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Pada awal pagi Khamis,14 Februari 2013,Manchester United telah bertandang ke Stadium Santiago Bernabeu untuk perlawanan 16 terakhir Uefa Champions League.

 

Permainan yang menarik ditampilkan oleh kedua-dua pasukan sehinggalah MU membuka jaringan pada minit ke 20 apabila tandukan Danny Welbeck menyempurnaka hantaran penjuru Wayne Rooney yang melepasi Diego Lopez.

Bagaimanapun, Manchester United tidak dapat bertahan lama meraikan gol daripada Danny Welbeck apabila bekas pemain mereka [yang mencipta sejarah pemain termahal di dunia apabila meninggalkan United untuk berhijrah ke Real Madrid pada 2009] iaitu Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian - juga menerusi tandukan daripada hantaran silang Angel Di Maria.

Keputusan:

Real Madrid 1-1 Manchester United
Jangan lupa pula untuk menyaksikan perlawan timbal balik pada hari Selasa,5 Mac 2013 di            Stadium Old Trafford