I am a Nuffnanger.

Friday 22 March 2013

MU Belasah Norwich 4-0



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Kita semua tahu, pada 2 Mac 2013 Manchester United telah menghadapi perlawanan menentang Norwich City membelasah mereka dengan jaringan 4 berbalas 0. 


Kesebelasan utama kedua-dua pasukan
Credit to Google.com
Jaringan Hat Trick daripada Shinji Kagawa dan satu gol daripada Wayne Rooney sudah cukup untuk menempah kemenangan.Kemenangan ini juga telah membuatkan cengkaman mereka kukuh di persada Barclays Premier League.


Shinji Kagawa meraikan jaringannya bersama
Wayne Rooney
Credit to Google.com
Kita doakan agar Manchester United akan menjurai Barclays Premier League pada musim 12-13.

GLORY! GLORY! MAN UNITED. 

Saturday 2 March 2013

United akan terbang ke Hong Kong untuk aksi pramusim



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Manchester United akan ke Hong Kong untuk menentang Kitchee FC(gambar) di Stadium Hong Kong pada 29 Julai 2013



Credit to Google.com


United mempunyai lebih daripada 100 juta peminat mereka di Asia dan 40,000 tiket dijangka akan habis dijual untuk perlawanan itu.Kerajaan Hong Kong juga akan menyumbang HK$8 juta(RM3.19 juta) untuk menampung kos penampilan United.

Ketua Eksekutif United,David Gill berkata, "Kelab mempunyai pengikut yang ramai di seluruh China terutamanya di Hong Kong."

"Kami pernah berkunjung beberapa kali dan selepas lapan tahun , pasukan amat gembira untuk kembali sekali lagi ke Hong Kong tahun ini."

"Kami berharap dapat mengenali lebih peminat setia kami, rakan kongsi komersial kami dan paling penting persiapan untuk musim akan datang."

Sebelum mereka ke Hong Kong, United terlebih dahulu akan mengadakan kem latihan mereka selama enam hari di Sydney, disusuli satu perlawanan menentang pasukan kelab Liga Australia pada 20 Julai 2013.

Credit to Google.com
Mereka juga dijadualkan ke Thailand dan Jepun sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim sebelum menghadapi musim 2013-14.