I am a Nuffnanger.

Thursday 14 February 2013

Real Madrid terikat 1-1 dengan MU

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Pada awal pagi Khamis,14 Februari 2013,Manchester United telah bertandang ke Stadium Santiago Bernabeu untuk perlawanan 16 terakhir Uefa Champions League.

 

Permainan yang menarik ditampilkan oleh kedua-dua pasukan sehinggalah MU membuka jaringan pada minit ke 20 apabila tandukan Danny Welbeck menyempurnaka hantaran penjuru Wayne Rooney yang melepasi Diego Lopez.

Bagaimanapun, Manchester United tidak dapat bertahan lama meraikan gol daripada Danny Welbeck apabila bekas pemain mereka [yang mencipta sejarah pemain termahal di dunia apabila meninggalkan United untuk berhijrah ke Real Madrid pada 2009] iaitu Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian - juga menerusi tandukan daripada hantaran silang Angel Di Maria.

Keputusan:

Real Madrid 1-1 Manchester United
Jangan lupa pula untuk menyaksikan perlawan timbal balik pada hari Selasa,5 Mac 2013 di            Stadium Old Trafford

No comments:

Post a Comment