I am a Nuffnanger.

Wednesday 14 August 2013

Manchester United Menang Perisai Komuniti



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Pada hari Ahad yang lepas Manchester United telah bertandang ke Stadium Wembley untuk menentang Wigan Athletic untuk perlawanan Perisai Komuniti.

credit to Google.com
Kedua-dua gol dijaringkan oleh Robin Van Persie atau RVP pada minit ke 6 dan 59.Gol pertama United dijaringkan dengan RVP menanduk bola dalam jarak 14 ela setelah mendapat hantaran daripada Patrice Evra dan gol kedua dihasilkan dengan hantaran cantik yang membabitkan Evra, Cleverly dan Welbeck dan disudahkan oleh RVP setelah menemui jaring setelah rembatannya terkena pada James Perch.

United: De Gea; Rafael (Smalling 16), Vidic, Jones, Evra; Zaha (Valencia 60), Carrick, Cleverley, Giggs (Anderson 67); Van Persie (Kagawa 83), Welbeck (Januzaj 83).

Wigan: Carson; Boyce, Barnett, Perch, Crainey; Watson (Espinoza 71), McArthur (McCann 60), McCarthy (Dicko 86), McClean (McManaman 60); Holt (Fortune 60), Maloney (Gomez 71).