I am a Nuffnanger.

Monday 23 December 2013

Manchester United Tranfers Target Januari 2014

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Musim perpindahan permain akan dibuka tidak lama lagi, disini saya akan memberi beberapa pemain yang menjadi sasaran Manchester United apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

1. Leighton Baines

Hi-res-185347245-leighton-baines-of-everton-in-action-with-sone-aluko-of_display_image

Fullback untuk pasukan England dan Everton ini dikatakan akan menyertai MU pada jendela perpindahan akan datang untuk mengantikan Patrice Evra yang dikatakan bakal meniggalkan Old Trafford pada hujung musim ini untuk kembali kenegara asalnya iaitu Perancis. David Moyes melihat bahawa Leighton Baines adalah pemain yang tepat untuk mengisi kekosongan di bahagian pertahan kiri yang bakal ditinggalkan Patrice Evra. Musim ini dia telah membuat 11 penampilan didalam Liga Perdana Inggeris, dia telah menjaringkan 2 gol dan mencipta 14 peluang.

2.Angel Di Maria

Hi-res-185673884-angel-di-maria-of-real-madrid-cf-looks-on-during-the_display_image

United telah dikaitkan dengan pemain sayap Argentina dan Real Madrid dalam beberapa minggu ini. Manakala David Moyes adalah peminat besar pasukan kebangsaan Argentina dan akan membuat persiapan untuk mendapatkan tandatangannya pada bulan Januari ini.

Telah beraksi 16 kali untuk Real Madrid pada musim ini dan apabila Gareth Bale telah pulih daripada kecederaan yang mungkin membuatkan dia hanya melihat Los Blancos beraksi daripada bangku simpanan sahaja.

Situasi ini telah membuatkan pemain berusia 25 tahun ini runsing akan peluangnya beraksi dalam pertandinngan Piala Dunia 2014 di Brazil.Bolehkah dia mengikut jejak bekas rakan sepasukan Mesut Ozil dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris?

3.Ander Herrera

Hi-res-186151653-ander-herrera-of-athletic-club-argues-with-referee-gil_display_image

Davis Moyes telah terlepas pemain ini  pada Musim Panas yang lalu dan jendela perpindahan Januari ini mungkin kita dapat melihat Moyes berjaya menandatangani Herrera.

Herrera telah dipaksa mengisi sedikit posisi di bahagian tengah Athletic Bilbao ketika perpindahannya ke Old Trafford pada musim panas lepas tidak menjadi. Walaupun dia hanya bermain satu perlawanan penuh tetapi masih boleh membuat 16 'key passes'

Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai klausa pembelian sebanyak £36million yang telah ditetapkan oleh Bilbao jika United ingin membelinya.

4.Antoine Griezmann

Hi-res-187018464-chris-smalling-of-manchester-united-battles-with_display_image

Manchester United telah bersedia untuk menunjukkan minat terhadap pemain Real Sociedad ini. Pemain berusia 22 tahun ini mempunyai  £25million klausa pembelian, dia mempunyai kontrak bersama pasukan La Liga itu sehingga 2016. Walaubagaimanapun, dia telah menarik minat beberapa kelab beberapa bulan ini termasuk Barcelona.

Griezmann telah menjaringkan 8 gol dalam 11 penampilannya bersama Sociedad setakat ini untuk kempen ini, dan dia telah memberi pengaruh besar sepanjang musim ini.

Dia akan menjadi pembelian yang sangat mantap untuk Red Devils pada musim ini, yang mempunyai kesulitan dibahagian sayap di bawah kendalian David Moyes. Kepantasan dan skill yang dia ada akan memberi satu dimensi baru bagi serangan pasukan, dan boleh membawa kejayaan Liga Perdana.

5.Koke

Hi-res-186050836-david-villa-of-atletico-de-madrid-celebrates-with_display_image

Pemain berusia 21 tahun ini telah dilabel sebagai 'Xavi Baru', dia menjadi pemain yang paling dikehendaki oleh United pada jendela perpindahan akan datang.

Old Trafford bersedia untuk menujukkan minat terhadapnya semula dengan melakukan bidaan pada jendela Musim Sejuk nanti. Dalam 13 penampilannya untuk Atletico Madrid musim ini, dia telah menjaringkan dua gol dan 7 hantaran gol daripada 23 'key passes'.Dia telah memperkukuhkan dirinya sebagai pemain tengah pasukan, die telah menjadi pengerak yang mengujakan dan kreatif untuk pasukan.

Koke mempunyai banyak potensi  dan dia akan menjadi pemain yang menakjubkan untuk ditandatangani The Red Devils. Walaupun perpindahannya dikatakan mustahil tetapi ia tidak perlu dipersoalkan.