I am a Nuffnanger.

Showing posts with label Peminat MU. Show all posts
Showing posts with label Peminat MU. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Mencari Ramli 2 (Second Post)

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU
Salam Mencari Ramli 2

Apa khabar semua pembaca.Masih ingat lagi post tntang Mencari Ramli 2.Kali ini  saye buat post yng ke2.Mencari Ramli 2 akan ke udara pada setiap minggu di TV3 pada hari Jumaat dari 7.30PM-8.00PM dari 19 April sehingga tamat 12 episod keseluruhannya.Bloggers  diwajibkan untuk menonton Mencari Ramli  2.Rugi kalau tak tengok.

Cara2 Mengundi(Umum)

24 Mei(Episod ke6) hingga 28 Jun(Episod ke11)
Akan ade pertandingan mengundi untuk smua pnonton MR2  untuk memilih Ramli kegemaran mereka sendiri.

-Hadiah Utama(Hanya untuk MR2 voting contest)-2 tiket untuk melihat perlawanan Manchester United di salah satu lokasi(Bangkok, Sydney, Yokohama, Osaka, HongKong).

-Hadiah Mingguan(Set barangan autograf eksklusif MU)

Cara mengundi pemain pilihan anda dalam MR2 secara SMS

1.Cari Ramli id bagi pemain pilihan anda
2.SMS VOTE<jarak><RAMLIid> ke 26268.
Contoh:VOTE RAMLI22

*SMS pertama bersamaan 10 undian adalah PERCUMA.
  SMS berikutnya akan dikenakan caj berikut.
  1xundian=RM0.50;5xundian=RM2.00;10xundian=RM3.50.

Undian SMS hanya untuk pengguna CELCOM, DIGI& MAXIS.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tm.com.my/mr2

Saturday, 25 May 2013

Mencari Ramli 2

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU
Salam Mencari Ramli 2
credit to http://www.tm.com.my

Ape khabar pembaca blog Bola Dari Bintang.

Teruja bila dapat tahu ada program terbaru Telekom Malaysia(TM) dengan Manchester United iaitu Mencari Ramli 2. Mencari Ramli diperkenalkan sebagai program pencarian bakat bola sepak paling berpotensi untuk dipertengahkan. Semua ini dilakukan sebagai usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia. Program sebegini mampu digerakkan oleh minat dan semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia. 

Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda. Seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali. 

Objektif Program ini ialah untuk mencari kanak-kanak di Malaysia yang berbakat besar untuk dihantar ke Manchester, United Kingdom bagi menjalani latihan di Sekolah Bola Sepak Manchester United. Bagi yang berjaya akan berpeluang menjejakkan kaki di Old Trafford. Hebat bukan? Sebagai peminat dan pemain pasukan pasti ada yang menyimpan azam untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali.

SOALAN nya, "Siapakah" diantara mereka ini yang terpilih untuk menjalani latihan dan ujian kelayakan? Selepas menjalani beberapa bentuk latihan dalam program Mencari Ramli 2 ini, hanya seorang pelatih akan ditabalkan sebagai "Ramli" - the most talented player". Agak-agaknye siapa antara pemain ini, bakal menyarung jersi pemain yang dicari cari? 

Pada saya, pemain yang layak dinobatkan sebagai RAMLI semestinya mempunyai tahap disiplin yang tinggi, memiliki skil pemainan yang mantap dan kebijaksanaan mengawal dan menguasai bola dalam aspek teknikal, taktikal. Secara fizikal saya rasa penting untuk pemain itu, mempunyai tubuh badan yang tidak terlalu tinggi maupun rendah, asalkan dia mampu untuk beraksi dengan tangkas, cergas dan FIT serta mental juga penting bagi memastikan pemain dapat menumpukan perhatian di padang. Selain itu juga mesti  mempunyai sikap yang positif dan consisten dalam melaksanakan peranan dalam berpasukan. 

Adakah ANDA berbakat dalam melaksanakan program Mencari Ramli 2 ini dengan menghadiri sessi pemilihan berikut:

Kuala Lumpur       Padang Victoria Institution                                       20hb - 22 hb April
Sabah                   Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah                       27hb - 29hb April
Melaka                  Stadium Hang Tuah                                                 11hb - 13hb May
Sarawak                Padang Yayasan Sarawak                                       18hb - 20 May


Jadual sesi ujibakat Mencari Ramli 2 yang telah pun berlangsung.Untuk mendapatkan info mengenai program Mencari Ramli 2, sila la ke link:  http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/Pages/home.

Nantikanlah post ke2 : Menarik dalam program Mencari Ramli 2 dan saksikan aksi para peserta menjalani latihan, interaksi, permilihan hinggalah penyingkiran yang berlaku dalam Mencari Ramli 2 di kaca TV.  

Saturday, 2 March 2013

United akan terbang ke Hong Kong untuk aksi pramusim



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Manchester United akan ke Hong Kong untuk menentang Kitchee FC(gambar) di Stadium Hong Kong pada 29 Julai 2013



Credit to Google.com


United mempunyai lebih daripada 100 juta peminat mereka di Asia dan 40,000 tiket dijangka akan habis dijual untuk perlawanan itu.Kerajaan Hong Kong juga akan menyumbang HK$8 juta(RM3.19 juta) untuk menampung kos penampilan United.

Ketua Eksekutif United,David Gill berkata, "Kelab mempunyai pengikut yang ramai di seluruh China terutamanya di Hong Kong."

"Kami pernah berkunjung beberapa kali dan selepas lapan tahun , pasukan amat gembira untuk kembali sekali lagi ke Hong Kong tahun ini."

"Kami berharap dapat mengenali lebih peminat setia kami, rakan kongsi komersial kami dan paling penting persiapan untuk musim akan datang."

Sebelum mereka ke Hong Kong, United terlebih dahulu akan mengadakan kem latihan mereka selama enam hari di Sydney, disusuli satu perlawanan menentang pasukan kelab Liga Australia pada 20 Julai 2013.

Credit to Google.com
Mereka juga dijadualkan ke Thailand dan Jepun sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim sebelum menghadapi musim 2013-14.

Friday, 15 February 2013

Facebook & MU

Ramai yang ada akaun Facebook. Ramai antaranya yang jugak punya page peminat kelab bola masing-masing. Saya pun sama. Anda bagaimana?

Bagi yang belum join club peminat Manchester United boleh la pergi ke laman ini di FB seperti dibawah ni, untuk mendaftar:

https://apps.facebook.com/clubfootballteam/

My Football Team.with my favourite club..
Gambar di bawah ini (contoh) team saya , bersama sama rakan sepasukan - Mohd Fakhruddin Jamil, Ayish Zaidi, Fariz Izwan, Jebat Hafizul Hambali, Mior Qimie, Mohd Alif Aiman dan Muhd Khaidir Ismail

My Football Team...with my favourite club..