I am a Nuffnanger.

Monday 2 June 2014

Pemain Yang Ingin Ditandatangani Louis Van Gaal

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Kita telah tahu bahawa Manchester United telah mengesahkan bahawa Louis Van Gaal adalah pengurus baharu mereka dan akan menyertai mereka selepas selesai tugasannya bersama pasukan kebangsaan Belanda untuk Piala Dunia 2014 di Brazil. Adat dalam bola sepak, setiap tahun mesti akan dimeriahkan dengan pembelian pemain dan penjualan pemain. Haaaa, Anda mesti ingin tahu siapa pemain yang ingin ditandatangani olah beliau. Siapa agaknya?

Jeng jeng jeng

Antara pemain itu adalah :

Luke Shaw, Southampton



Bek kiri Southampton ini dikatakan boleh didapati dengan harg£27 million. Belia juga dikatakan bakal menggantkan bek kiri veteran The Reds Devils iaitu Patrice Evra yang dikatakan bakal meninggalkan Theatre Of Dreams. Dengan usianya yang masih muda dan aksi yang agak menarik berbaloikah harga itu?

Joao Miranda, Atletico Madrid



Van Gaal juga dikatakan berminat untuk mendapatkan bek tengah Atletico Madrid ini. Miranda dikatakan mungkin menjadi pengganti kepada Nemanja Vidic yang berpindah ke Inter Milan jika beliau berjaya melakukan perpindahan ke Manchester United. Atletico Madrid telah menetapkan klausa perlepasan Miranda adalah sebanyak £24 million.

Kevin Strootman, AS Roma

Manchester United Transfer News: Major Signings Targeted by Louis Van Gaal

United telah lama berminat ke atas pemain Belanda ini sejak beliau bersama PSV Eindhoven. Tetapi dia telah melakukan perpindahan ke Itali untuk AS Roma. Dengan Van Gaal menjadi pengurus baru United dan ketika ini sedang melakukan tugasan terakhir buat Belanda dalam Pusingan Akhir Piala Dunia mungkin kita dapat melihat perpindahan ini berlaku kerana Strootman dan Van Gaal kedua-duanya berasal dari Belanda.

Koke, Atletico Madrid

Louis Van Gaal to Activate Koke's £48 Million Release Clause?

Pemain kebangsaan Sepanyol ini telah menjadi pemain terkini yang dikaitkan dengan United. Van Gaal dikatakan bersedia untuk membayar klausa perlepasan  £48 million yang dipegangnya. Pemain tengah itu telah bermain 49 kali di dalam La Liga dan UEFA Champions League musim lepas, menjaringkan 7 gol dan melakukan 15 hantaran gol.

Cesc Fabregas, Barcelona

David De Gea Urges Cesc Fabregas to Join Manchester United

Pemain terbaik tahunan United iaitu David De Gea dikatakan telah mengajak Fabregas untuk menyertainya di United. De Gea juga ada mengatakan bahawa dia telah berbincang dengan pemain tengah Barca itu tentang perpindahan semula ke England. Pengurus baru Barca iaitu Luis Enrique dikatakan tidak mahu mengulas tentang isu Fabregas ini. Dengan Barca akan membina skuad yang baru bersama pengurus yang baru. Mungkinkah Fabregas akan berjaya menempatkan diri di dalam pasukan Barca atau melakukan perpindahan ke Theatre Of Dreams? Sama-sama kita menunggu keputusannya.

Arda Turan, Atletico Madrid

Arda Turan to Become a Red Devil?

Agen Arda Turan telah mengatakan kliennya telah mendapat satu tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris dan United dikatakan berada di senarai teratas untuk mendapatkan khidmatnya. Laporan mengatakan bahawa Van Gaal amat berminat ke atas Turan kerana aksinya yang menakjubkan itu telah membantu Atletico mencapai musim yang terbaik di La Liga dan membantu pasukannya menjadi 'Champions of Spain'. Dengan Van Gaal yang dikatakan akan menggunakan formasi 4-3-3 dengan serangan lebar, Turan dikatakan sesuai dengan formasi itu. Dengan United yang kekurangan pemain sayap yang berpotensi, pemain kebangsaan Turki yang berusia 27 tahun ini bakal menjadi pembelian yang berguna untuk Red Devils.

No comments:

Post a Comment