I am a Nuffnanger.

Monday 23 December 2013

Manchester United Tranfers Target Januari 2014

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Musim perpindahan permain akan dibuka tidak lama lagi, disini saya akan memberi beberapa pemain yang menjadi sasaran Manchester United apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

1. Leighton Baines

Hi-res-185347245-leighton-baines-of-everton-in-action-with-sone-aluko-of_display_image

Fullback untuk pasukan England dan Everton ini dikatakan akan menyertai MU pada jendela perpindahan akan datang untuk mengantikan Patrice Evra yang dikatakan bakal meniggalkan Old Trafford pada hujung musim ini untuk kembali kenegara asalnya iaitu Perancis. David Moyes melihat bahawa Leighton Baines adalah pemain yang tepat untuk mengisi kekosongan di bahagian pertahan kiri yang bakal ditinggalkan Patrice Evra. Musim ini dia telah membuat 11 penampilan didalam Liga Perdana Inggeris, dia telah menjaringkan 2 gol dan mencipta 14 peluang.

2.Angel Di Maria

Hi-res-185673884-angel-di-maria-of-real-madrid-cf-looks-on-during-the_display_image

United telah dikaitkan dengan pemain sayap Argentina dan Real Madrid dalam beberapa minggu ini. Manakala David Moyes adalah peminat besar pasukan kebangsaan Argentina dan akan membuat persiapan untuk mendapatkan tandatangannya pada bulan Januari ini.

Telah beraksi 16 kali untuk Real Madrid pada musim ini dan apabila Gareth Bale telah pulih daripada kecederaan yang mungkin membuatkan dia hanya melihat Los Blancos beraksi daripada bangku simpanan sahaja.

Situasi ini telah membuatkan pemain berusia 25 tahun ini runsing akan peluangnya beraksi dalam pertandinngan Piala Dunia 2014 di Brazil.Bolehkah dia mengikut jejak bekas rakan sepasukan Mesut Ozil dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris?

3.Ander Herrera

Hi-res-186151653-ander-herrera-of-athletic-club-argues-with-referee-gil_display_image

Davis Moyes telah terlepas pemain ini  pada Musim Panas yang lalu dan jendela perpindahan Januari ini mungkin kita dapat melihat Moyes berjaya menandatangani Herrera.

Herrera telah dipaksa mengisi sedikit posisi di bahagian tengah Athletic Bilbao ketika perpindahannya ke Old Trafford pada musim panas lepas tidak menjadi. Walaupun dia hanya bermain satu perlawanan penuh tetapi masih boleh membuat 16 'key passes'

Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai klausa pembelian sebanyak £36million yang telah ditetapkan oleh Bilbao jika United ingin membelinya.

4.Antoine Griezmann

Hi-res-187018464-chris-smalling-of-manchester-united-battles-with_display_image

Manchester United telah bersedia untuk menunjukkan minat terhadap pemain Real Sociedad ini. Pemain berusia 22 tahun ini mempunyai  £25million klausa pembelian, dia mempunyai kontrak bersama pasukan La Liga itu sehingga 2016. Walaubagaimanapun, dia telah menarik minat beberapa kelab beberapa bulan ini termasuk Barcelona.

Griezmann telah menjaringkan 8 gol dalam 11 penampilannya bersama Sociedad setakat ini untuk kempen ini, dan dia telah memberi pengaruh besar sepanjang musim ini.

Dia akan menjadi pembelian yang sangat mantap untuk Red Devils pada musim ini, yang mempunyai kesulitan dibahagian sayap di bawah kendalian David Moyes. Kepantasan dan skill yang dia ada akan memberi satu dimensi baru bagi serangan pasukan, dan boleh membawa kejayaan Liga Perdana.

5.Koke

Hi-res-186050836-david-villa-of-atletico-de-madrid-celebrates-with_display_image

Pemain berusia 21 tahun ini telah dilabel sebagai 'Xavi Baru', dia menjadi pemain yang paling dikehendaki oleh United pada jendela perpindahan akan datang.

Old Trafford bersedia untuk menujukkan minat terhadapnya semula dengan melakukan bidaan pada jendela Musim Sejuk nanti. Dalam 13 penampilannya untuk Atletico Madrid musim ini, dia telah menjaringkan dua gol dan 7 hantaran gol daripada 23 'key passes'.Dia telah memperkukuhkan dirinya sebagai pemain tengah pasukan, die telah menjadi pengerak yang mengujakan dan kreatif untuk pasukan.

Koke mempunyai banyak potensi  dan dia akan menjadi pemain yang menakjubkan untuk ditandatangani The Red Devils. Walaupun perpindahannya dikatakan mustahil tetapi ia tidak perlu dipersoalkan.

Wednesday 14 August 2013

Manchester United Menang Perisai Komuniti



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

Pada hari Ahad yang lepas Manchester United telah bertandang ke Stadium Wembley untuk menentang Wigan Athletic untuk perlawanan Perisai Komuniti.

credit to Google.com
Kedua-dua gol dijaringkan oleh Robin Van Persie atau RVP pada minit ke 6 dan 59.Gol pertama United dijaringkan dengan RVP menanduk bola dalam jarak 14 ela setelah mendapat hantaran daripada Patrice Evra dan gol kedua dihasilkan dengan hantaran cantik yang membabitkan Evra, Cleverly dan Welbeck dan disudahkan oleh RVP setelah menemui jaring setelah rembatannya terkena pada James Perch.

United: De Gea; Rafael (Smalling 16), Vidic, Jones, Evra; Zaha (Valencia 60), Carrick, Cleverley, Giggs (Anderson 67); Van Persie (Kagawa 83), Welbeck (Januzaj 83).

Wigan: Carson; Boyce, Barnett, Perch, Crainey; Watson (Espinoza 71), McArthur (McCann 60), McCarthy (Dicko 86), McClean (McManaman 60); Holt (Fortune 60), Maloney (Gomez 71).

Friday 14 June 2013

Mencari Ramli 2 (Second Post)

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU
Salam Mencari Ramli 2

Apa khabar semua pembaca.Masih ingat lagi post tntang Mencari Ramli 2.Kali ini  saye buat post yng ke2.Mencari Ramli 2 akan ke udara pada setiap minggu di TV3 pada hari Jumaat dari 7.30PM-8.00PM dari 19 April sehingga tamat 12 episod keseluruhannya.Bloggers  diwajibkan untuk menonton Mencari Ramli  2.Rugi kalau tak tengok.

Cara2 Mengundi(Umum)

24 Mei(Episod ke6) hingga 28 Jun(Episod ke11)
Akan ade pertandingan mengundi untuk smua pnonton MR2  untuk memilih Ramli kegemaran mereka sendiri.

-Hadiah Utama(Hanya untuk MR2 voting contest)-2 tiket untuk melihat perlawanan Manchester United di salah satu lokasi(Bangkok, Sydney, Yokohama, Osaka, HongKong).

-Hadiah Mingguan(Set barangan autograf eksklusif MU)

Cara mengundi pemain pilihan anda dalam MR2 secara SMS

1.Cari Ramli id bagi pemain pilihan anda
2.SMS VOTE<jarak><RAMLIid> ke 26268.
Contoh:VOTE RAMLI22

*SMS pertama bersamaan 10 undian adalah PERCUMA.
  SMS berikutnya akan dikenakan caj berikut.
  1xundian=RM0.50;5xundian=RM2.00;10xundian=RM3.50.

Undian SMS hanya untuk pengguna CELCOM, DIGIMAXIS.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tm.com.my/mr2

Saturday 25 May 2013

Mencari Ramli 2

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU
Salam Mencari Ramli 2
credit to http://www.tm.com.my

Ape khabar pembaca blog Bola Dari Bintang.

Teruja bila dapat tahu ada program terbaru Telekom Malaysia(TM) dengan Manchester United iaitu Mencari Ramli 2. Mencari Ramli diperkenalkan sebagai program pencarian bakat bola sepak paling berpotensi untuk dipertengahkan. Semua ini dilakukan sebagai usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia. Program sebegini mampu digerakkan oleh minat dan semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia. 

Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda. Seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali. 

Objektif Program ini ialah untuk mencari kanak-kanak di Malaysia yang berbakat besar untuk dihantar ke Manchester, United Kingdom bagi menjalani latihan di Sekolah Bola Sepak Manchester United. Bagi yang berjaya akan berpeluang menjejakkan kaki di Old Trafford. Hebat bukan? Sebagai peminat dan pemain pasukan pasti ada yang menyimpan azam untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali.

SOALAN nya, "Siapakah" diantara mereka ini yang terpilih untuk menjalani latihan dan ujian kelayakan? Selepas menjalani beberapa bentuk latihan dalam program Mencari Ramli 2 ini, hanya seorang pelatih akan ditabalkan sebagai "Ramli" - the most talented player". Agak-agaknye siapa antara pemain ini, bakal menyarung jersi pemain yang dicari cari? 

Pada saya, pemain yang layak dinobatkan sebagai RAMLI semestinya mempunyai tahap disiplin yang tinggi, memiliki skil pemainan yang mantap dan kebijaksanaan mengawal dan menguasai bola dalam aspek teknikal, taktikal. Secara fizikal saya rasa penting untuk pemain itu, mempunyai tubuh badan yang tidak terlalu tinggi maupun rendah, asalkan dia mampu untuk beraksi dengan tangkas, cergas dan FIT serta mental juga penting bagi memastikan pemain dapat menumpukan perhatian di padang. Selain itu juga mesti  mempunyai sikap yang positif dan consisten dalam melaksanakan peranan dalam berpasukan. 

Adakah ANDA berbakat dalam melaksanakan program Mencari Ramli 2 ini dengan menghadiri sessi pemilihan berikut:

Kuala Lumpur       Padang Victoria Institution                                       20hb - 22 hb April
Sabah                   Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah                       27hb - 29hb April
Melaka                  Stadium Hang Tuah                                                 11hb - 13hb May
Sarawak                Padang Yayasan Sarawak                                       18hb - 20 May


Jadual sesi ujibakat Mencari Ramli 2 yang telah pun berlangsung.Untuk mendapatkan info mengenai program Mencari Ramli 2, sila la ke link:  http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/Pages/home.

Nantikanlah post ke2 : Menarik dalam program Mencari Ramli 2 dan saksikan aksi para peserta menjalani latihan, interaksi, permilihan hinggalah penyingkiran yang berlaku dalam Mencari Ramli 2 di kaca TV.  

Sunday 21 April 2013

Adakah Rooney akan Tinggalkan Theather of Dream



Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU

credit to Google.com
Kita sudah tahu desas-desus bahawa Wayne Rooney mungkin akan meninggalakan Manchester United untuk menyertai kelab lain.Rooney ingin keluar kerana tidak tahan kerana asyik memanaskan bangku simpanan atau menjadi pemain tengah yang bukan posisi sebenarnya.

credit to Google.com
Rooney berang kerana dikeluarkan pada hujung perlawanan menentang West Ham dan asyik bermain di posisi pemain tengah dan posisi serangan kerap diisi Robin Van Persie.Sir Alex Ferguson memberitahu media Britain bahawa keputusan mengeluarkan WR kerana dia tidak bermain sehebat Shinji Kagawa."Rooney lebih baik berbanding pemain lain dalam kebanyakan perlwanan.Namun pada malam itu, aksi Shinji yang terbaik".

credit Google.com
Manchester United pasti tidak ingin menjual Rooney kepada kelab BPL dan sudah pasti Paris Saint-Germain antara kelab yang mampu membayarnya.

credit to Google.com
Pengurus Manchester United SAF membayangkan bahawa Wayne Rooney, yang dikaitkan dengan perpindahan dari kelab itu musim panas ini, mungkin berada di belakang pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa dalam senarai pemain tengah di Old Trafford.

Kita semua berdoalah agar beliau akan kekal di Theather of Dream.Amin.