I am a Nuffnanger.

Saturday, 25 May 2013

Mencari Ramli 2

Salam Bola Dari Bintang
Salam Peminat MU
Salam Mencari Ramli 2
credit to http://www.tm.com.my

Ape khabar pembaca blog Bola Dari Bintang.

Teruja bila dapat tahu ada program terbaru Telekom Malaysia(TM) dengan Manchester United iaitu Mencari Ramli 2. Mencari Ramli diperkenalkan sebagai program pencarian bakat bola sepak paling berpotensi untuk dipertengahkan. Semua ini dilakukan sebagai usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia. Program sebegini mampu digerakkan oleh minat dan semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia. 

Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda. Seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali. 

Objektif Program ini ialah untuk mencari kanak-kanak di Malaysia yang berbakat besar untuk dihantar ke Manchester, United Kingdom bagi menjalani latihan di Sekolah Bola Sepak Manchester United. Bagi yang berjaya akan berpeluang menjejakkan kaki di Old Trafford. Hebat bukan? Sebagai peminat dan pemain pasukan pasti ada yang menyimpan azam untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali.

SOALAN nya, "Siapakah" diantara mereka ini yang terpilih untuk menjalani latihan dan ujian kelayakan? Selepas menjalani beberapa bentuk latihan dalam program Mencari Ramli 2 ini, hanya seorang pelatih akan ditabalkan sebagai "Ramli" - the most talented player". Agak-agaknye siapa antara pemain ini, bakal menyarung jersi pemain yang dicari cari? 

Pada saya, pemain yang layak dinobatkan sebagai RAMLI semestinya mempunyai tahap disiplin yang tinggi, memiliki skil pemainan yang mantap dan kebijaksanaan mengawal dan menguasai bola dalam aspek teknikal, taktikal. Secara fizikal saya rasa penting untuk pemain itu, mempunyai tubuh badan yang tidak terlalu tinggi maupun rendah, asalkan dia mampu untuk beraksi dengan tangkas, cergas dan FIT serta mental juga penting bagi memastikan pemain dapat menumpukan perhatian di padang. Selain itu juga mesti  mempunyai sikap yang positif dan consisten dalam melaksanakan peranan dalam berpasukan. 

Adakah ANDA berbakat dalam melaksanakan program Mencari Ramli 2 ini dengan menghadiri sessi pemilihan berikut:

Kuala Lumpur       Padang Victoria Institution                                       20hb - 22 hb April
Sabah                   Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah                       27hb - 29hb April
Melaka                  Stadium Hang Tuah                                                 11hb - 13hb May
Sarawak                Padang Yayasan Sarawak                                       18hb - 20 May


Jadual sesi ujibakat Mencari Ramli 2 yang telah pun berlangsung.Untuk mendapatkan info mengenai program Mencari Ramli 2, sila la ke link:  http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/Pages/home.

Nantikanlah post ke2 : Menarik dalam program Mencari Ramli 2 dan saksikan aksi para peserta menjalani latihan, interaksi, permilihan hinggalah penyingkiran yang berlaku dalam Mencari Ramli 2 di kaca TV.  

No comments:

Post a Comment